Category:Seminary academics

From Wikipedia, the free encyclopedia


Abang A (AA) atau nama penuhnya Master Azra bin Zainol Rashid merupakan seorang jururunding (consultant) mengenal potensi murid sekolah menengah, remaja, guru dan ibu bapa.

Bermula sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan setelah memperolehi Diploma Sains daripada Universiti Teknologi Mara cawangan Perlis (Institut Teknologi Mara ketika itu). Sepanjang tempoh tersebut, beliau banyak berkecimpung dalam program berbentuk motivasi dan mengenal potensi individu.

Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Kepujian) dalam bidang Literasi Komputer dan Matematik dari Universiti Kebangsaan Malaysian (UKM) pada tahun 1999. Kemudian beliau ditempatkan di sebuah sekolah di daerah Jempol, Negeri Sembilan, perjalanan hidup beliau dalam bidang menggali potensi manusia terus marak. Banyak program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan menagih pengalaman beliau seperti program pemantapan kepemimpinan pelajar melibatkan pemimpin-pemimpin pelajar seluruh Negeri Sembilan. Selain daripada itu, beliau turut membantu melerai kekusutan diri pelajar yang terlibat dengan salah laku disiplin dan jenayah juvana dalam program Sahsiah Gemilang.

Pada tahun 2007, beliau melanjutkan pendidikan mengambil Ijazah Sarjana Matematik juga di UKM. Pengajian selama dua tahun terhenti di semester terakhir, setelah mengalami krisis kewangan yang agak kritikal. Pada masa yang sama, beliau terpaksa memberi masanya kepada ibu bapa tercinta yang memerlukan perhatian ekoran kesihatan yang kurang mengizinkan.

Apabila bercerita tentang pengalaman hidup, beliau pernah menjalani kehidupan penuh onak duri malah sampai suatu ketika hanya mempunyai RM1 dan beberapa sen dalam poketnya walaupun ketika itu sudah berumah tangga. Namun berkat kesabarannya, perjalanan hidup tetap diteruskan dengan melakukan apa sahaja usaha yang boleh menghasilkan pendapatan.

Pada tahun 2010, beliau telah ditawarkan bertugas sebagai Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar di Kolej Matrikulasi Selangor (KMS). Ketika di KMS, beliau memperkenalkan Modul 3R khas untuk mengenal potensi anak dan remaja. Setelah empat tahun di sana, beliau ditawarkan bertugas di Bahagian Matrikulasi KPM juga sebagai Penolong Pengarah Unit Kemasukan dan Penempatan Pelajar Program Matrikulasi KPM sehingga kini.

Abang A telah memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan sejak tahun 2005. Menyedari kepentingan mempunyai mentor dalam perniagaan, beliau telah berguru dengan sifu rahsia internet terbongkar, Irfan Khairi, Dr. Azizan Osman, Sifu Siddiq dan ramai lagi.

Bagi memantapkan pengalaman dan ilmu, beliau telah mengikuti pelbagai kursus, program dan seminar dalam bidang pembangunan manusia. Antara kursus yang telah diikuti ialah beliau ialah Kursus Emotional, Spriritual dan Intelligence, Kursus Psikologi dan Minda Beretika, Kursus Psikologi dalam Perkhidmatan Awam Tahap 2. Beliau turut mendalami ilmu karektor konsep mesin kecerdasan STIFIn. Konsep ini berasal dari Indonesia, tetapi telah dikembangkan oleh dua buah universiti tempatan di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau turut mempelajari ilmu metafizik Islam dari pengasas Metafizik Sains Penomboran (MSP), Sifu Siddiq Md. Nor.

Abang A pernah muncul dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia RTM 1 berkongsi mengenai Potensi Manusia. Turut dijemput sebagai tetamu dalam segmen Inspirasi Usahawan dalam Radio IKIM.

Subcategories

This category has only the following subcategory.

Retrieved from "https://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Category:Seminary_academics&oldid=754194124"
This content was retrieved from Wikipedia : http://en.wikipedia.org/wiki/Category:Seminary_academics
This page is based on the copyrighted Wikipedia article "Category:Seminary academics"; it is used under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 Unported License (CC-BY-SA). You may redistribute it, verbatim or modified, providing that you comply with the terms of the CC-BY-SA